Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Beijing tutup puluhan stesen kereta api bawah tanah

    BEIJING, 4 MEI – Beijing menutup berpuluh-puluh stesen kereta api bawah tanah hari ini ketika sekatan COVID mengehadkan pergerakan di sekitar ibu kota China meskipun ia merekodkan kes harian yang rendah.

    China berusaha mengawal penularan koronavirus terburuk sejak permulaan pandemik, dengan kebanyakan kes ditemui di hab peniagaan di Shanghai.

    Suasana huru-hara dan kemarahan atas arahan kekal berada di rumah berminggu-minggu di Shanghai menyebabkan orang ramai di ibu kota itu bimbang bandar mereka mungkin akan menjalani perintah yang sama seterusnya.

    Beberapa kawasan perumahan di Beijing di mana jangkitan dilaporkan sudah menjalani perintah berkurung, sementara banyak tempat tarikan pelancong mengetatkan peraturan bagi kesibukan bulan cuti pada Mei minggu ini. Menghidangkan makanan di restoran turut dilarang.

    Penduduk Beijing mula menyimpan bekalan penting disebabkan kebimbangan mereka mungkin diarah untuk terus berada di rumah secara tiba-tiba.

    Pusat Dagangan Dunia China – sebuah pejabat dan kompleks membeli-belah – telah ditutup sementara.

    Pengendali stesen kereta api bawah tanah bandar itu mengumumkan penutupan kira-kira 40 buah stesen hari ini – kira-kira 12 peratus daripada rangkaiannya – kebanyakannya di kawasan hampir menjalani perintah berkurung, menurut pengumuman di WeChat.

    “Laluan masuk dan keluar stesen akan ditutup…tetapi pemindahan boleh dilakukan di dalam stesen-stesen,” menurut notis yang dikeluarkan.

    “Saya rasa bandar ini sudah di bawah penutupan separa,” kata salah seorang penduduk Beijing dan enggan mende-dahkan identitinya. – AFP

    Petugas kesihatan menjalankan ujian saringan ke atas penduduk Beijing. Beijing menutup berpuluh-puluh stesen kereta api bawah tanah bagi mengawal penularan COVID. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...