Saturday, April 27, 2024
36 C
Brunei

    -

    Bekas PM Mahathir dibenarkan keluar hospital

    KUALA LUMPUR, 18 MAC – Bekas Perdana Penteri Malaysia yang berusia hampir 100 tahun, Mahathir Mohamad dibenarkan keluar dari hospital setelah hampir dua bulan beliau dimasukkan kerana jangkitan, kata pejabatnya kelmarin.

    Lelaki berusia 98 tahun itu, yang digelar pemimpin tertua di dunia ketika menjadi perdana menteri buat kali kedua pada 2018, telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada 26 Januari.

    “Mahathir akan berehat di rumah buat sementara waktu,” kata seorang pembantu yang namanya dirahsiakan kepada AFP.

    Pejabat Mahathir telah berkongsi gambar beliau sedang membaca akhbar dan menulis nota apabila tempoh masa beliau yang panjang di hospital mencetuskan kebimbangan.

    Beliau mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas doa dan ucapan selamat mereka dalam satu perutusan ringkas menjelang bulan puasa Ramadan Isnin lalu.

    Dr Mahathir Mohamad ketika dilantik sebagai Perdana Menteri yang pertama pada zaman pemerintahan Al-Sultan Abdullah. – Bernama

    Mahathir mula-mula memimpin Malaysia dari 1981 hingga 2003 dan kemudian keluar dari persaraan untuk mengetuai gabungan reformis yang menggulingkan pemerintahan Najib Razak yang dibelenggu skandal pada 2018.

    Beliau menjadi perdana menteri sekali lagi pada tahun itu pada usia 92 tahun, tetapi gabungannya runtuh dua tahun kemudian kerana pergaduhan dalaman.

    Mahathir kehilangan kerusi parlimennya dalam kekalahan mengejut pada 2022 tetapi terus aktif dalam politik dan telah muncul sebagai pengkritik utama Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

    Beliau juga pernah dimasukkan ke hospital pada Disember 2021, Januari 2022 dan Ogos 2023 untuk pemeriksaan kesihatan.

    Mahathir mengalami masalah jantung sejak beberapa tahun kebelakangan ini termasuk beberapa serangan jantung dan telah menjalani pembedahan pintasan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...