Saturday, April 27, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Serangan udara Pakistan ragut 8 nyawa

    KABUL, 18 MAC – Lapan orang, kesemuanya wanita dan kanak-kanak, terbunuh dalam serangan udara ‘melulu’ oleh tentera Pakistan di wilayah sempadan Afghanistan, kata jurucakap kerajaan Taliban kelmarin.

    Ketegangan sempadan antara Pakistan dan Afghanistan meningkat sejak kerajaan Taliban merampas kuasa pada 2021, dengan Islamabad mendakwa kumpulan militan sering melakukan serangan dari negara jiran itu.

    Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid berkata pesawat Pakistan ‘mengebom rumah orang awam’ di wilayah Khost dan Paktika berhampiran sempadan dengan Pakistan sekitar jam 3 pagi.

    Kerajaan Taliban ‘mengutuk sekeras-kerasnya serangan itu dan menggelar tindakan melulu berkenaan sebagai pencabulan kedaulatan Afghanistan’, katanya dalam kenyataan itu.

    “Insiden sebegini boleh membawa akibat yang sangat buruk dan di luar kawalan Pakistan,” tambahnya.

    Seorang pegawai kerajaan tempatan di wilayah sempadan Pakistan, yang enggan namanya disiarkan, memberitahu AFP bahawa tentera Pakistan melakukan serangan tersebut sebagai tindak balas terhadap pasukan Afghanistan yang ‘menyasarkan wilayah Pakistan’.

    “Pengumuman telah dibuat di masjid untuk mengosongkan beberapa kawasan di Kurram dan Waziristan Utara ketika pertempuran antara Pakistan dan Afghanistan berterusan di sempadan,” tambahnya.

    Serangan itu berlaku selepas tujuh tentera Pakistan terbunuh dalam serangan di dalam wilayah Pakistan pada Sabtu lepas, yang mana Presiden negara itu, Asif Ali Zardari berikrar akan bertindak balas. – AFP

    Aksi jet pejuang F-16 dari Pakistan Air Force (PAF) semasa raptai perbarisan Hari Pakistan di Islamabad pada 17 Mac lalu. Serangan udara Pakistan ke atas Afghanistan mengorbankan 8 orang kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...