Saturday, April 27, 2024
36 C
Brunei

    -

    Bengkel tanpa kebenaran diarah henti operasi

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JULAI – Seorang pemilik rumah di Kampung Lambak, Mukim Berakas yang menjalankan kegiatan perusahaan tanpa kebenaran perancangan telah diperintahkan untuk menghentikan kegiatannya oleh Autoriti Perancang.

    Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini menjelaskan, pemilik rumah telah melanggar Seksyen 23(2) Perintah Perancangan Bandar dan Desa, 2015 (TCPO), iaitu menjalankan kegiatan bengkel mengecat kenderaan tanpa kebenaran perancangan.

    Kegiatan tersebut didapati telah dijalankan secara tidak teratur dan boleh membahayakan kawasan sekitarnya selain kegiatan juga tidak pernah dipohonkan kepada Autoriti Perancang.

    Pemilik rumah tersebut telah mematuhi perintah autoriti perancang dengan menghentikan kegiatan bengkel berkenaan, membersihkan dan memulihkan penggunaan asal sebagai rumah kediaman sahaja pada bulan Jun 2022. Sehubungan itu, orang ramai diingatkan untuk mematuhi undang-undang perancangan khususnya Seksyen 23 TCPO yang memperuntukkan tiada seorang pun boleh melaksanakan pemajuan atas tanah, memecah atau menyatukan mana-mana tanah atau melaksanakan apa-apa kerja di dalam suatu kawasan pemuliharaan tanpa kebenaran perancangan.

    Kesalahan ini boleh dihukum dengan denda maksimum $200,000 dan denda tambahan tidak melebihi $10,000 bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabit kesalahan.
    Pemajuan dan perubahan penggunaan tanpa kebenaran perancangan boleh menyebabkan bahaya dan menjejaskan keselamatan orang ramai.

    Orang ramai diingatkan untuk mematuhi undang-undang yang ada dengan mendapatkan kebenaran perancangan bagi sebarang pemajuan atau penggunaan tanah dan untuk sebarang aduan dan khidmat nasihat perancangan orang ramai bolehlah menghubungi talian hotline JPBD di 8200222 atau melalui e-mel di tcp.aduan@tcp.gov.bn.

    ATAS & BAWAH: Bengkel sebelum dan selepas dirobohkan kerana menjalankan kegiatan perusahaan tanpa kebenaran perancangan di Kampung Lambak, Mukim Berakas. – Gambar serahan JPBD

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...