Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Bento letak jawatan

    DOHA, 6 DIS – Paulo Bento mengumumkan bahawa dia tidak akan bersama Korea Selatan sebagai jurulatih selepas mereka disingkirkan daripada Piala Dunia dengan kekalahan 4-1 di tangan Brazil, baru-baru ini.

    “Sekarang saya perlu fikirkan mengenai masa depan, tetapi saya tidak akan bersama pasukan Korea Selatan. Saya akan berehat dahulu,” kata bekas jurulatih Portugal berusia 53 tahun itu selepas kalah dalam pusingan 16 terakhir.

    “Saya baru sahaja beritahu para pemain dan presiden persekutuan bola sepak kebangsaan.

    “Ini adalah keputusan yang saya ambil pada September. Saya telah mengesahkannya hari ini. Saya harus berterima kasih kepada mereka dan berasa sangat bangga menjadi pengurus mereka.”

    Bento mengambil alih kepimpinan pasukan Korea Selatan daripada Shin Tae-yong, selepas Piala Dunia 2018.

    Di Qatar, dia membawa Korea Selatan ke pusingan kalah mati buat kali pertama sejak 2010 dan menang tipis menentang Portugal dalam aksi akhir peringkat kumpulan.

    Walau bagaimanapun, mereka tidak setanding Brazil apabila ketinggalan empat gol sebelum tamat babak pertama di Stadium 974 Doha, walaupun mereka berjaya menjaringkan satu gol menerusi pemain simpanan, Paik Seung-ho.

    “Saya percaya kami berasa bangga setelah berjaya mencapai sehingga ke peringkat ini dalam Piala Dunia, dan apa yang telah kami lalukan sejak empat tahun lepas untuk sampai ke sini,” kata Bento, yang melatih pasukan tanah airnya pada kejohanan 2014 di Brazil. – AFP

    Ketua Jurulatih Korea Selatan, Paulo Bento tiba di Stadium 974, Ar-Rayyan, Qatar bagi perlawanan menentang Brazil, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...