Tuesday, May 21, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Berkenan menerima mengadap delegasi Republik Singapura

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 APRIL – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam petang kelmarin berkenan menerima mengadap Menteri, Pejabat Perdana Menteri, Menteri Kedua Pendidikan dan Menteri Kedua Ehwal Luar, Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr Mohamad Maliki bin Osman dan rombongan di Istana Nurul Iman.

    Tuan Yang Terutama dan rombongan berada di negara ini untuk lawatan selama lima hari, dari 11 hingga 15 April, bagi mewakili kerajaan Republik Singapura dalam meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri di sini.

    Lawatan yang merangkumi kunjungan ke rumah-rumah terbuka itu jelas mencerminkan persahabatan yang istimewa dan unik antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura sekali gus dapat meningkatkan lagi hubungan sedia ada antara kedua-dua buah negara yang sekian lama terjalin.

    Keakraban persahabatan itu telah dapat mengembangkan sumber tenaga manusia di sektor kerajaan serta perekonomian di sektor swasta melalui pelbagai kerjasama dua hala.

    Dalam mengukuhkan lagi hubungan, kedua-dua buah negara juga bekerjasama rapat melalui inisiatif-inisiatif di bawah memorandum-memorandum persefahaman.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Menteri, Pejabat Perdana Menteri, Menteri Kedua Pendidikan dan Menteri Kedua Ehwal Luar, Republik Singapura, TYT Dr Mohamad Maliki bin Osman dan rombongan di Istana Nurul Iman. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    ATAS & BAWAH : KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan menerima mengadap TYT Dr Mohamad Maliki dan rombongan di Istana Nurul Iman, baru-baru ini. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    GAMBAR OLEH INFOFOTO
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan bergambar ramai bersama TYT Dr Mohamad Maliki dan rombongan semasa majlis mengadap di Qashr Al-Meezan. – GAMBAR OLEH INFOFOTO

    Di kesempatan itu, Tuan Yang Terutama menyembahkan sembah ucapan Hari Raya Aidilfitri bagi pihak kerajaan Republik Singapura, kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

    Sementara itu pada majlis berasingan yang berlangsung pada sebelah pagi, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) juga berkenan menerima mengadap TYT Dr Mohamad Maliki dan rombongan di Qashr Al-Meezan.

    Menyertai Tuan Yang Terutama pada kedua-dua majlis mengadap berkenaan ialah Menteri Negara, Pejabat Perdana Menteri, Tuan Yang Terutama Desmond Tan Kok Ming;
    Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Laurence Bay Siow Hon; dan ahli Parlimen, Yeo Wan Ling.

    Juga hadir ialah Menteri di JPM dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof; Timbalan Menteri di JPM, Dato Seri Paduka Awang Mohd Riza bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos dan Setiausaha Tetap di JPM, Awang Ajman bin Haji Meludin.

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia dan New Zealand hantar pesawat, keluarkan warga dari New Caledonia

    SYDNEY, 21 MEI - Kerajaan Australia dan New Zealand mengumumkan pada hari ini bahawa mereka menghantar pesawat untuk memindahkan rakyat mereka dari New Caledonia...