Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    BIBD hargai guru program ALAF

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar serahan BIBD

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JULAI – Seramai 76 orang guru dan pendidik yang terlibat dalam program Advocating Life-Long Learning for An Aspiring Future (ALAF) Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) telah diraikan pada majlis yang dihoskan oleh BIBD di Bangunan PGGMB di ibu negara, baru-baru ini.

    Mereka yang diraikan terdiri daripada 60 orang guru dari Jabatan Sekolah-sekolah, 16 dari Jabatan Pengajian Islam, 16 guru tuisyen serta sembilan orang intern.

    Menurut BIBD, majlis itu bertujuan untuk mengiktiraf dan menghargai sokongan padu guru-guru terhadap program BIBD ALAF dan dalam memastikan kesejahteraan dan keperluan pendidikan pelajar rendah, menengah dan pra-universiti di bawah program berkenaan memenuhi sasaran.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Ketua Pegawai Pemasaran BIBD, Hajah Nurul Akmar binti Haji Mohd Jaafar yang antara lain mengucapkan terima kasih atas soko-ngan dan sumbangan tenaga pengajar BIBD ALAF yang telah membantu pelajar ALAF memperoleh pencapaian akademik serta kejayaan diri yang boleh dibanggakan oleh BIBD dan Negara Brunei Darussalam.

    Di samping itu, tambah beliau, BIBD turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan yang diterima daripada pihak berkepentingan lain dalam program ALAF berkenaan.

    Dengan komitmen yang tidak berbelah bahagi daripada guru-guru, BIBD akan terus mengembangkan program berkenaan sebagai inisiatif dan program seluruh negara yang menyokong, seterusnya mencapai matlamat negara ke arah Wawasan Brunei 2035.

    Turut hadir pada majlis penghargaan itu ialah pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama, ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah Program BIBD ALAF dan Jawatankuasa Pasukan Petugas BIBD ALAF serta vendor dan kakitangan BIBD.

    Hajah Nurul Akmar ketika menyampaikan ucapan pada majlis penghargaan yang dihoskan oleh BIBD bagi guru-guru dan pendidik yang terlibat dalam program BIBD ALAF.
    Hajah Nurul Akmar bersama hadirin pada majlis yang berlangsung di Bangunan PGGMB di ibu negara, baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...