Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Bincang isu kritikal pendidikan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OKT – Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah (SHBIE), Universiti Brunei Darussalam (UBD) sedang menganjurkan Persidangan Antarabangsa Kurikulum, Pedagogi dan Penaksiran (ICCPA) 2022, bermula hari ini hingga esok (27 Oktober).

    Persidangan yang dijalankan secara dalam talian itu bertujuan untuk menyediakan wahana kepada ahli akademik dan pelajar bagi membincangkan isu-isu kritikal berkaitan dengan pendidikan, pengajaran dan pembelajaran, dan kesejahteraan dalam fasa endemik COVID.

    Bertemakan ‘Membangun dalam Dunia Endemik: Imaginasi Semula Masa Depan, terdapat dua pembentangan ucaptama, dua pembentangan kertas jemputan dan 21 pembentangan kertas kerja merentas pelbagai bidang penyelidikan pendidikan mengenai kurikulum, pedagogi dan penilaian adakan disampaikan pada persidangan itu.

    ICCPA 2022 telah dirasmikan oleh Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik), UBD, Pengiran Dr Mohamad Iskandar bin Pengiran Haji Petra selaku tetamu kehormat.

    Antara tetamu jemputan yang ha-dir pada majlis perasmian ialah Dekan SHBIE, Profesor Madya Dr Noor Azam bin OKMB Haji Othman, dekan, dan pengarah daripada fakulti UBD yang lain.

    Pengiran Dr Mohamad Iskandar semasa merasmikan persidangan tersebut.

    Sejurus selepas majlis perasmian, Profesor Datuk Dr Mohd Tajudin bin Md Ninggal dari Open University Malaysia menyampaikan ucaptama bertajuk, ‘Kesejahteraan Psikologi Pendidik dan Pelajar dalam Akademia Baharu Pembelajaran dalam Talian: Cabaran dan Peluang’.

    Pembentangan ucaptama kedua akan disampaikan oleh Penolong Profesor Dr Ong Yann Shiou dari Nanyang Technological University, Singapura yang akan menyampaikan ucaptama bertajuk, ‘Membangunkan Protokol Pemerhatian Bilik Darjah STEM Bersepadu’.

    Manakala Profesor Dr Rully Charitas Indra Prahmana dari Universitas Ahmad Dahlan, Indonesia akan membentangkan kertas jemputan bertajuk ‘Meneroka Penyelesaian Alternatif Pembelajaran di Kawasan Terpencil menggunakan Model Pembelajaran Campuran Berasaskan Radio Komuniti’ dan disusuli oleh pembentangan daripada penceramah jemputan kedua, Penolong Profesor Dr Zhang Qiaoping dari Education University of Hong Kong.

    Sebanyak 21 kertas kerja tambahan juga akan dibentangkan oleh kakitangan, pelajar dan alumni daripada pelbagai fakulti di UBD.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...