Saturday, May 18, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Blackpink bakal muncul dengan program realiti terbaharu

    Kumpulan k-pop popular, Blackpink bakal muncul dengan program realiti terbaharu selepas melancarkan teaser pertama pada 1 Disember lalu.

    Blackpink mengejutkan peminat mereka dengan pelancaran teaser B.P.M yang merupakan singkatan bagi ‘BORN PINK MEMORIES’ di saluran YouTube rasmi mereka.

    Memetik laporan Soompi, berita itu disahkan sendiri oleh syarikat pengurusan YG Entertainment secara rasmi mengumumkan B.P.M bakal menjadi program realiti pertama kumpulan k-pop itu selepas program terdahulu mereka, 24/365 With BLACKPINK.

    Menurut agensi berkenaan, B.P.M akan membawa peminat melihat sendiri persiapan di sebalik tabir promosi kumpulan itu bagi album terbaharu mereka BORN PINK.

    “Blackpink akan mempamerkan sisi semula jadi, berbeza sekali daripada personaliti mereka ketika membuat persembahan di atas pentas.

    “Selain rakaman di sebalik tabir daripada aktiviti mereka, Blackpink juga akan berkomunikasi bersama peminat secara dekat menerusi episod yang akan disiarkan,” katanya. – Agensi

    Blackpink bakal muncul dengan program realiti terbaharu. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...