Sunday, April 28, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    Boston catat ribut musim sejuk terburuk

    BOSTON, 30 JAN – Salji tebal akibat angin kencang melanda timur Amerika Syarikat (AS) hingga awal hari ini, apabila salah satu ribut musim sejuk yang paling teruk dalam beberapa tahun mencetuskan huru-hara dari segi pengangkutan dan gangguan bekalan elektrik merentasi wilayah yang mempunyai kira-kira 70 juta orang.

    Bandar utama seperti New York dan Boston menanggung beban ribut salji, yang disahkan oleh Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) telah menjadi ‘siklon bom’ – dikategorikan melalui kuasa lonjakan penurunan tekanan atmosfera yang cepat.

    Bahagian paling teruk terjejas di New York dan Massachusetts diliputi salji setinggi dua kaki menjelang hari ini, dengan lebih 95,000 rumah di Massachusetts dilaporkan terputus bekalan elektrik.

    Hujan salji di Boston menyamai rekod sehari 23.6 inci yang ditetapkan pada 2003, kata NWS, manakala bandar Sharon, 29 kilometer ke selatan, telah mencatatkan salji tertinggi pada 8:30 malam waktu tempatan kelmarin dengan lebih daripada 30 inci.

    Pekan Islip, New York, dan Warren, Rhode Island, juga diselimuti dengan salji.

    Penduduk di pekan dan bandar di seberang pantai timur digesa untuk mengelak semua perjalanan yang tidak perlu, dengan salji tambahan dijangka paling lebat di seluruh New England.

    Di Long Island, pegawai berkata seorang wanita ditemui mati di dalam keretanya oleh pengendali pembajak salji.

    Mesin garam dan pembajak salji mengelilingi di sepanjang jalan di Bandar New York, di mana Central Park dilitupi salji 7.5 inci dan laluan kereta api serantau telah ditutup sebahagiannya. – AFP

    Salji yang tebal akibat angin kencang melanda timur Amerika Syarikat (AS) hingga awal hari ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...