Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Brisia hanya berkawan dengan El Rumi

    Mengakui pernah mengidolakan El Rumi, penyanyi Brisia Jodie berkata dia tidak mahu meletakkan sebarang harapan untuk menjalinkan hubungan istimewa dengan anak kepada Ahmad Dhani itu.

    Menurut Brisia yang merupakan bekas peserta Indonesian Idol, perbezaan agama merupakan antara faktor yang menghalang mereka untuk bercinta.

    “Ketika El Rumi tampil dalam kumpulan The Lucky Laki, saya mengidolakan dia kerana mempunyai ciri-ciri lelaki pilihan.

    “Apabila peminat mahu jodohkan kami berdua saya rasa agak susah kerana perbezaan agama.

    “Saya tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa depan, tetapi buat masa sekarang saya dan El Rumi hanya berkawan. Tidak ke arah bercinta,” jelasnya seperti yang dipetik daripada portal Kapan Lagi.

    Penyanyi usia 26 tahun ini juga memberitahu kegagalan dalam percintaan sebelum ini membuatkan dia pernah merasa trauma untuk mencari pasangan.

    “Perasaan trauma tersebut cepat hilang. Saya hanya berdoa dan mendapat sokongan keluarga untuk kembali bangkit,” ujarnya. – Agensi

    Brisia tidak melihat akan wujudnya hubungan cinta dengan El Rumi. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...