Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Bursa Malaysia ditutup rendah

    KUALA LUMPUR, 21 NOV – Bursa Malaysia meredakan sebahagian besar penurunan awalnya untuk ditutup sedikit rendah hari ini, berikutan ketidakpastian mengenai pembentukan kerajaan baharu terus menjejaskan sentimen pasaran.

    Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran susut 1.36 mata atau 0.09 peratus untuk berakhir pada paras tertinggi harian 1,447.96 daripada 1,449.32 ketika ditutup pada Khamis minggu lepas.

    Indeks utama itu dibuka 14.77 mata lebih rendah kepada 1,434.55 sebelum bergerak dalam julat penurunan sepanjang hari ini dengan tumpuan kekal terarah kepada hasil rundingan antara pelbagai parti politik.

    Penjualan besar-besaran pada sebelah pagi menyebabkan FBM KLCI merosot sebanyak 21.31 mata kepada paras terendah harian 1,427.75 pada satu ketika, sebelum bergelut dengan turun naik untuk meningkat secara berterusan bagi memulihkan sebahagian besar penurunan yang dialami sebelum itu.

    Aliran menurun yang sememangnya dijangkakan ini menyebabkan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 510 berbanding 378, manakala 362 kaunter tidak berubah, 1,082 kaunter tidak diniagakan dan 48 yang lain digantung bagi keseluruhan pasaran.

    Bagaimanapun, jumlah dagangan telah melonjak kepada 4.29 bilion unit bernilai RM2.5 bilion daripada 2.63 bilion unit bernilai RM1.85 bilion pada Khamis lepas.

    Seorang ahli ekonomi berkata turun naik hari ini sebenarnya dijangkakan memandangkan keadaan Parlimen tergantung telah membawa kepada beberapa bentuk ketidaktentuan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...