Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Cameron utama pemain ‘versatil’ untuk Malayan Tigress

    PETALING JAYA, 7 MAC – Ketua jurulatih skuad bola sepak wanita bawah 20 tahun (B-20) Cameron Ng, mengakui berhadapan kesukaran dalam memuktamadkan senarai akhir 23 pemain yang akan menggalas cabaran negara ke Pusingan Kelayakan Piala Asia 2024, bermula 10 Mac ini.

    Beliau berkata 26 pemain yang berada dalam kem latihan pusat sebelum ini, menunjukkan 100 peratus komitmen dan persembahan terbaik, namun barisan panel jurulatih mengutamakan pemain yang mampu bermain pelbagai posisi di atas padang, bagi skuad Malayan Tigress.

    “Ia tugas paling sukar bagi saya, sebab 26 semua pemain ini memberi 100 peratus, setiap hari keputusan untuk memilih itu akan berubah, tetapi untuk kebaikan pasukan dan kita memilih pemain serba boleh untuk membuat pemilihan 23 orang ini.

    “Daripada semua pemain, mungkin dua tiga orang yang mungkin boleh main lebih dari satu posisi,” katanya ketika ditemui pemberita di Padang Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di sini, hari ini.

    Cameron bagaimanapun berkata beliau berpuas hati dengan pemilihan skuad yang sedia ada, selain turut optimis skuad Malayan Tigress bersedia berentap menentang pasukan tuan rumah, Kemboja Jumaat depan. – Bernama

    Skuad Malayan Tigress bersedia berentap menentang pasukan tuan rumah, Kemboja, Jumaat depan. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...