Saturday, April 27, 2024
26.1 C
Brunei

    -

    Taman Negara Hin Nam No bakal disenarai Tapak Warisan Dunia UNESCO

    VIENTIANE, 18 MAC – Usaha kerajaan Laos untuk memasukkan kawasan dilindung negara Hin Nam No dalam senarai tapak warisan dunia UNESCO hampir berjaya setelah dokumen permohonan diterima oleh agensi itu.

    Dalam masa terdekat, Pusat Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) akan menjalankan pengesahan di tapak tersebut bagi fakta-fakta yang terkandung dalam dokumen dan mengesahkan kesahihan kenyataan yang dibuat bagi menyokong penyenaraian warisan dunia, menurut laporan dari laman web Taman Negara Hin Nam No.

    Kawasan dilindung negara, Hin Nam No itu merupakan keajaiban semula jadi yang merangkumi kawasan seluas 94,121 hektar di tenggara Laos. Zon yang mengandungi kepelbagaian biologi dan amat cantik itu melindungi sebahagian daripada biodiversiti paling menakjubkan di planet ini, dan mempunyai pelbagai ekosistem, termasuk hutan asli, air terjun yang besar dan sistem gua yang kompleks.

    Taman tersebut menjadi tempat tinggal kepada pelbagai spesies yang unik, termasuk burung, mamalia, reptilia dan tumbuhan yang jarang ditemui dan eksotik, dan juga merupakan tempat tinggal kepada beberapa kumpulan etnik minoriti, dengan tradisi, adat resam dan cara hidup mereka yang unik.

    Laos pada masa ini mempunyai tiga tapak warisan dunia termasuk Dataran Jar di wilayah Xieng Khuang utara Laos, kompleks kuil Vat Phou di wilayah Champasak selatan Laos, dan bandar Luang Prabang di wilayah Luang Prabang utara Laos. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...