Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    China umum pelonggaran sekatan seluruh negara

    BEIJING, 7 DIS – China hari ini mengumumkan langkah pelonggaran sekatan COVID di seluruh negara yang menjejaskan negara ekonomi kedua terbesar dunia dan mencetuskan bantahan berkala terhadap parti pemerintah Komunis.

    Peraturan baharu itu merupakan pelonggaran sekatan terbesar dalam dasar sifar COVID yang ditandatangani oleh Presiden Xi Jinping, ketika pandemik memasuki tahun ketiga dan sejak sekian lama negara-negara lain di seluruh dunia membuat keputusan untuk hidup dengan virus tersebut.

    Walau bagaimanapun, dengan kadar vaksinasi kekal rendah di kalangan warga emas di China dan sistem kesihatan masih dianggap sebagai kurang bersedia bagi gelombang jangkitan, Xi masih tidak melonggarkan sepenuhnya sekatan perjalanan dan ujian besar-besaran.

    Di bawah garis panduan yang baru diumumkan oleh Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, kekerapan dan skop bagi ujian PCR akan dikurangkan.

    Perintah berkurung, yang menjadi punca utama kemarahan awam, akan dihadkan kepada skop yang kecil dan boleh dilaksanakan, manakala pihak berkuasa dimestikan untuk membebaskan kawasan-kawasan yang tidak melaporkan sebarang kes positif selepas lima hari.

    Penduduk yang mengalami jangkitan COVID yang tidak teruk boleh meng-asingkan diri di rumah berbanding di pusat kemudahan kerajaan.

    Selain itu, orang ramai tidak lagi diwajibkan untuk menunjukkan kod kesihatan berwarna hijau di telefon mereka untuk memasuki bangunan dan kawasan awam, kecuali di ‘rumah-rumah penjagaan, institusi perubatan, tadika, sekolah menengah dan sekolah tinggi’.

    China juga akan mempercepatkan pemberian vaksinasi ke atas golongan warga emas, menurut suruhanjaya kesihatan, selagi tidak ada halangan besar untuk melonggarkan dasar sifar COVID. – AFP

    Seorang penduduk berjalan di sekitar Beijing ketika kedai-kedai dibuka semula oleh pihak berkuasa ketika langkah sekatan COVID mula dilonggarkan. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...