Sunday, April 28, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    COVID masih lagi darurat global

    GENEVA, 30 JAN – Tiga tahun hingga sehari selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan amaran global tertinggi terhadap COVID-19, ia berkata pada hari ini bahawa wabak itu kekal sebagai darurat global.

    Jawatankuasa darurat agensi kesihatan PBB mengenai COVID-19 bertemu baru-baru ini untuk kali ke-14 sejak permulaan krisis.

    Susulan mesyuarat itu, ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus “bersetuju dengan nasihat yang ditawarkan oleh jawatankuasa berkenaan dengan pandemik COVID-19 yang sedang berlangsung dan menentukan bahawa wabak itu terus menjadi darurat kesihatan awam bagi kebimbangan antarabangsa (PHEIC),” menurut organisasi itu dalam satu kenyataan.

    Tedros, katanya, “mengakui pandangan jawatankuasa bahawa pandemik COVID-19 mungkin berada pada titik peralihan dan menghargai nasihat jawatankuasa untuk mengemudi peralihan ini dengan berhati-hati dan mengurangkan kemungkinan kesan buruk.”

    Malah sebelum pertemuan itu, Tedros telah mencadangkan fasa darurat wabak itu belum berakhir, menunjukkan peningkatan jumlah kematian dan memberi amaran bahawa tindak balas global terhadap krisis itu “tetap berpincang-pincang”.

    “Apabila kita memasuki tahun keempat pandemik, kita pastinya berada dalam kedudukan yang jauh lebih baik sekarang berbanding tahun lalu, ketika gelombang Omicron berada di puncaknya, dan lebih daripada 70,000 kematian dilaporkan kepada WHO setiap minggu,” katanya kepada jawatankuasa itu pada permulaan mesyuarat baru-baru ini. – AFP

    Tedros menyatakan fasa darurat COVID-19 belum berakhir. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...