Saturday, April 27, 2024
36 C
Brunei

    -

    Curry, Wiggins tumpaskan Mavs

    DALLAS, 23 MEI – Gabungan Stephen Curry dan Andrew Wiggins membawa kemenangan ketika Golden State Warriors melangkah menghampiri pusingan akhir NBA dengan keputusan 109-100 ke atas Dallas Mavericks kelmarin.

    Prestasi klinikal Warriors semasa di Dallas membolehkan pasukan Steve Kerr mendahului 3-0 dalam siri akhir tujuh terbaik Western Conference.

    Tiada pasukan dalam sejarah 75 tahun NBA yang pernah berjaya membalikkan defisit siri 3-0 dalam pusingan play-off.

    Curry mendahului jaringan Warriors dengan 31 mata, 11 assists dan lima rebounds manakala Wiggins beraksi cemerlang dengan 27 mata dan 11 rebounds.

    Klay Thompson turut mengumpul 19 mata manakala Draymond Green dan Jordan Poole masing-masing menambah 10 mata.

    Luka Doncic sekali lagi mempamerkan aksi penting untuk Dallas dengan menghasilkan 40 mata, namun bintang Slovenia itu perlu mencipta sesuatu yang lebih ajaib lagi untuk menghalang Warriors daripada mara ke perlawanan akhir NBA menentang sama ada Boston atau Miami. – AFP

    Aksi penyerang Warriors, Andrew Wiggins (kanan) semasa permainan 3 perlawanan akhir bola keranjang NBA play-off Western Conference kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...