Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Dainese pemenang Itali pertama pada Giro 2022

    REGGIO EMILIA, ITALI, 19 MEI – Alberto Dainese (DSM) menjadi pemenang Itali pertama dalam Giro d’Italia tahun ini apabila beliau memecut laju untuk menawan peringkat 11 di Reggio Emilia kelmarin.

    Dainese, 24, yang sebelum ini tidak pernah memenangi peringkat di Giro, menewaskan pelumba Colombia, Fernando Gaviria semasa pecutan terakhir. Seorang lagi pelumba Itali, Simone Consonni mendapat tempat ketiga.

    Sementara itu, pelumba Sepanyol, Juan Pedro Lopez yang mewakili pasukan Trek masih mengekalkan jersi pendahulu merah jambu selepas perlumbaan sejauh 203 kilometer.

    Manakala pelumba Ecuador, Richard Carapaz berjaya memunggut bonus tiga saat semasa pecutan untuk meraih tempat kedua, menyamai catatan masa pelumba dari Portugal, Joao Almeida, yang berada 12 saat dibelakang Lopez. – AFP

    Pelumba Itali, Alberto Dainese meraikan kejayaan di podium selepas memenangi peringkat ke-11 perlumbaan berbasikal Giro d’Italia 2022 kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...