Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Dani Alves masuk, Firmino keluar

    RIO DE JANEIRO, 8 NOV – Pemain Liverpool, Roberto Firmino tiada dalam senarai skuad dinamakan jurulatih Brazil untuk Piala Dunia ketika pasukan itu mencari gelaran keenam yang diketuai Neymar dan pemain veteran berusia 39 tahun, Dani Alves.

    Bekas pemain Juventus dan Paris Saint-Germain, Alves, yang kini bersama kelab Mexico, Pumas sejak Julai, disenaraikan dalam pasukan walaupun tidak bermain satu perlawanan sekalipun dalam tempoh dua bulan.

    Dia ialah pemain tertua pernah dinamakan untuk skuad Piala Dunia Brazil dan akan terbabit dalam edisi ketiganya dalam kejohanan berkenaan.

    Sementara itu, Firmino yang kembali mendapat prestasinya buat Liverpool musim ini, gagal mendapat tempat ke Qatar berbanding penyerang lain seperti bintang Arsenal, Gabriel Jesus, perancang Flamengo, Pedro dan pemain Tottenham, Richarlison yang baharu pulih daripada kecederaan.

    Bagaimanapun ada beberapa kejutan dalam senarai Tite.

    Skuad Selecao akan diketuai Neymar untuk menamatkan kemarau juara lima kali Piala Dunia itu selama 20 tahun.

    Penyerang berusia 30 tahun itu melalui musim yang hebat bersama PSG dengan 15 gol dan 12 assist dalam 19 perlawanan.

    Bermain dalam Piala Dunia ketiganya, dia diharapkan dapat menutup mulut pengkritik yang mendakwanya selalu menjatuhkan diri selain gagal menyerlah ketika diperlukan. – AFP

    Tite menunjukkan senarai nama pemain yang bakal mewakili skuad Brazil dalam Piala Dunia Qatar 2022 di ibu pejabat Persekutuan Bola Sepak Brazil (CBF) di Rio de Janeiro, Brazil. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...