Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Didik murid dapatkan rehat mencukupi

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OGOS – Dengan matlamat untuk menggalakkan para murid mengeratkan lagi hubungan persahabatan dengan rakan-rakan sekolah, murid-murid tadika Sekolah Chung Hwa Kiudang berpeluang menyertai pelbagai aktiviti berpendidikan semasa Hari Pijama yang diadakan sebelum cuti penggal persekolahan bermula, baru-baru ini.

    Menerusi aktiviti yang menyeronokkan dan berpendidikan itu, murid-murid bukan sahaja dididik mengenai pentingnya untuk mendapatkan rehat yang mencukupi tetapi juga  engeratkan hubungan persahabatan semasa mereka.

    Ia dimulakan dengan sesi ceramah oleh salah seorang guru, Marlinah Ngawan, yang mengetengahkan pentingnya masa tidur dan rutin semasa tidur malam.

    Pada hari itu, murid-murid diberikan peluang untuk memakai pijama kegemaran mereka dan melakukan kegiatan rutin sebelum tidur malam bersama rakan-rakan seperti membaca buku dan memberus gigi.

    Aktiviti berkenaan berakhir dengan tayangan filem berpendidikan sebelum murid-murid beristirahat bersama rakan-rakan mereka.

    Murid-murid tadika Sekolah Chung Hwa Kiudang bergambar ramai semasa Hari Pijama yang diadakan sebelum cuti penggal persekolahan bermula, baru-baru ini. – Gambar serahan Sekolah Chung Hwa Kiudang
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...