Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Dilantik Ahli Lembaga Pengarah FINAS, Zed janji kerja keras

    Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zed Zaidi menganggap pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mulai 15 Ogos lalu sebagai peluang membela nasib penggiat seni tempatan.

    Zed atau nama sebenar, Rozaidi Jamil mahu memartabatkan industri kreatif dan menyelesaikan hal berbangkit demi kebaikan penggiat seni.

    “Alhamdulillah… Syukur. Saya tahu dengan pelantikan ini, bukan semua orang suka.

    “Namun, dengan dugaan dan cabaran ini, saya lebih kuat berjuang demi membela nasib penggiat dan anak seni secara konsisten.

    “Terima kasih Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Annuar Musa kerana memberi kepercayaan dan amanah ini kepada saya.

    Zed Zaidi janji akan kerja keras setelah dilantik jadi ahli lembaga pengarah FINAS. – Agensi

    “Terima kasih juga kepada Pengerusi FINAS, Senator Datuk Seri Zurainah Musa yang melihat kelebihan diri saya untuk membantu memartabatkan lagi industri kreatif tanah air,” katanya kepada BH Online

    Zed berjanji membantu FINAS memantapkan pelaksanaan dasar, prosedur dan pelbagai urusan lain di peringkat dalaman demi manfaat penggerak industri kreatif.

    Beliau juga menzahirkan penghargaan kepada SENIMAN yang sentiasa menjadi tulang belakang selain percaya kredibilitinya sebagai presiden.

    “Terima kasih buat semua sahabat, persatuan seni dan media yang bertalu-talu menghantar mesej.

    “Mohon maaf jika tidak dapat membalas sebab terlalu banyak.

    “Saya cuba merahsiakan pelantikan ini, namun, apakan daya, prosedur tetap prosedur,” katanya.

    Zed berharap dapat berjalan seiring dengan penggiat industri kreatif tempatan untuk meningkatkan pencapaian sektor kreatif ke peringkat lebih tinggi.

    Zed mempertahankan jawatan Presiden SENIMAN bagi penggal 2019 sehingga 2022 selepas menang tanpa bertanding pada Mesyuarat Agung SENIMAN Ke-18. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...