Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Djokovic tarik diri, gagal bermain di Indian Wells

    INDIAN WELLS, CALIFORNIA, 7 MAC – Pemain ranking teratas, Novak Djokovic menarik diri daripada perlawanan Terbuka BNP Paribas akan datang, setelah gagal dalam usahanya untuk memasuki Amerika Syarikat tanpa vaksin untuk bermain dalam acara di California Selatan.

    Kejohanan itu pada Ahad lalu mengumumkan Djokovic tidak akan menyertai kejohanan.

    Pemain itu menarik diri daripada kejohanan yang dijadualkan bermula esok di Taman Tenis Indian Wells dan berlangsung sehingga 19 Mac.

    Senator Rick Scott berkata di Twitter, Keselamatan Dalam Negeri telah menolak permintaan pengecualian vaksin Djokovic, yang akan membolehkannya bermain berturut-turut di Indian Wells dan Miami, yang berlangsung 19 Mac hingga 2 April.

    Amerika Syarikat akan menamatkan pengisytiharan kecemasan COVID pada 11 Mei, yang akan membolehkan pengunjung asing memasuki negara itu tanpa diberi vaksin.

    Juara Grand Slam 22 kali itu tewas pada separuh akhir Kejohanan Tenis Dubai pada Jumaat lalu.

    Dengan Djokovic tersingkir, Nikoloz Basilashvili kini tersenarai dalam undian Indian Wells. – AP

    Novak Djokovic dari Serbia mengembalikan bola kepada Daniil Medvedev semasa perlawanan separuh akhir Kejohanan Tenis Terbuka Dubai di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, Jumaat lalu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...