Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Dua gunung berapi di Rusia muntah lahar

    MOSCOW, 21 NOV – Dua gunung berapi di Semenanjung Kamchatka, Rusia memuntahkan abu dan lahar dan ahli sains berkata letusan besar mungkin berlaku tidak lama lagi.

    Semenanjung itu, yang menganjur ke Lautan Pasifik kira-kira 6,600 kilometer dari timur Moscow, adalah salah satu kawasan paling padat dengan aktiviti geoterma di dunia, dengan kira-kira 30 gunung berapi aktif terletak di sana.

    Aktiviti baharu yang mendadak itu disusuli dengan gempa bumi kuat pada Sabtu, menurut laporan berita.

    Institut Vulkanologi Akademi Sains Rusia berkata di Klyuchevskaya Sopka, pada ketinggian 4,754 meter merupakan gunung berapi aktif paling tinggi Eurasia, yang telah mencatat sebanyak 10 letusan sejam.

    Aliran lahar dan pengeluaran abu juga datang dari gunung berapi Shiveluch, menurut institut itu.

    Kamchatka tidak mempunyai ramai penduduk. Bandar Klyuchi, dengan 5,000 penduduk, diapit di antara dua gunung berapi, 30-50 kilometer di antara satu sama lain.

    Gunung berapi itu terletak kira-kira 450 kilometer dari satu-satunya bandar utama semenanjung, Petropavlovsk-Kamchatsky. – AP

    Gambar fail menunjukkan api dan asap kelihatan menjulang naik semasa letusan gunung berapi Klyuchevskaya di Semenanjung Kamchatka di Rusia. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...