Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Dua kesalahan dikesan semasa Ops Peralihan

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar serahan Kementerian Kesihatan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 MAC – Dua pelanggaran arahan telah didapati semasa sekatan pergerakan Operasi Peralihan yang diadakan di seluruh negara dari jam 12 tengah malam hingga jam 4 pagi tadi.

    Menurut Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar, satu daripada pelanggaran arahan tersebut adalah pelanggaran arahan untuk berada di rumah.

    Beliau mengongsikannya pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam pada hari ini, di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan.

    Manakala satu lagi pelanggaran arahan adalah bagi kesalahan tidak memakai pelitup muka. Para pesalah, menurut Yang Berhormat Dato, telahpun dikeluarkan denda kompaun.

    Kedua-dua kesalahan tersebut telah didapati di kawasan Daerah Brunei dan Muara.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...