Saturday, April 27, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    DXY disekat kritik rawatan herba COVID

    BEIJING, 11 OGOS – Sebuah laman web perubatan China yang popular telah ditapis oleh pihak berkuasa kerana ‘melanggar undang-undang dan peraturan yang berkaitan’, beberapa bulan selepas kritikannya terhadap rawatan herba COVID yang disokong kerajaan menyebabkan saham gergasi farmaseutikal jatuh.

    DXY yang memiliki pelabur termasuk firma gergasi teknologi, menjalankan pelbagai perkhidmatan berkaitan kesihatan sebelum ini mempersoalkan nilai ubat herba, Lianhua Qingwen yang dipasarkan untuk demam dan sakit tekak sebagai rawatan COVID.

    China meluluskan ramuan herba itu yang terdiri daripada bahan seperti bebuas bukit dan biji aprikot sebagai rawatan COVID pada 2020, dan ia diedarkan kepada penduduk Shanghai ketika wabak berkenaan melanda bandar itu pada tahun ini.

    Artikel DXY, yang kini telah dipadamkan daripada laman webnya adalah sebahagian daripada gelombang laporan yang menyebabkan saham membabitkan pengeluar Lianhua Qingwen, iaitu salah satu syarikat perubatan tradisional terbesar China jatuh menjunam.

    Laman web itu kini telah dilarang daripada menyiarkan sekurang-kurangnya lima akaun media sosial Weibonya dengan notis di bahagian atas halaman rasminya menyatakan disebabkan ‘pelanggaran undang-undang dan peraturan yang berkaitan, pengguna ini dilarang menyiarkannya’.

    Akaun WeChat rasmi DXY yang biasanya menerbitkan beberapa artikel sehari mengenai topik perubatan tidak dikemas kini sejak Isnin lalu. – AFP

    Ubat herba Lianhua Qingwen yang dipasarkan sebagai rawatan COVID. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...