Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Eropah dilanda gelombang haba terhangat

    PARIS, 19 JUN – Sepanyol, Perancis dan negara-negara Eropah barat lainnya dilanda suhu panas melampau hujung minggu lalu disebabkan gelombang haba bulan Jun yang mengakibatkan kebakaran hutan dan menimbulkan kebimbangan cuaca panas seperti itu kini menjadi satu kelaziman.

    Suhu yang melambung tinggi pada hujung minggu lalu ialah kemuncak gelombang haba pada bulan Jun sejajar dengan ramalan saintis bahawa fenomena sebegitu akan berlaku pada awal tahun ini kerana pemanasan global.

    Sementara itu, pusat peranginan tepi laut barat daya Perancis yang terkenal di Biarritz, menyaksikan suhu tertinggi sepanjang masa petang kelmarin iaitu dengan 42.9 darjah Celsius menurut ahli kaji cuaca negeri, Meteo France ketika pihak berkuasa menggesa langkah berjaga-jaga dari tengah pantai barat hingga ke sempadan Sepanyol.

    Kebanyakan kawasan di rantau tersebut melepasi 40C, walaupun ribut dijangka berlaku di pantai Atlantik pada waktu petang iaitu sebagai petanda pertama bahawa suhu yang akan “beransur-ansur berkurangan di bahagian timur negara itu,” lapor perkhidmatan cuaca.

    Sementara itu, suhu hangat tidak sekali-kali menghalang peminat heavy metal daripada menghadiri festival Hellfest yang berlangsung di Clisson di pinggir bandar barat Nantes, di mana suhu meningkat melebihi 40C.

    Manakala di luar taman riadah akuatik di Perancis, orang ramai beratur dan berlaku kesesakan lalu lintas, dengan orang ramai melihat air sebagai satu-satunya cara untuk melegakan diri daripada bahang gelombang haba. – AFP

    hutan di Sierra de la Culebra di Zamora Provence kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...