Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Etiopia mula jana kuasa di empangan mega

    GUBA, ETHIOPIA, 21 FEB – Etiopia mula menjana elektrik dari empangan terbesarnya di Blue Nile kelmarin, satu peristiwa penting dalam projek kontroversi berbilion dolar itu.

    Perdana Menteri, Abiy Ahmed, diiringi pegawai tinggi telah melawat stesen jana kuasa dan menekan beberapa siri butang pada skrin elektronik, satu langkah yang dikatakan pegawai bagi memulakan pengeluaran tersebut.

    Empangan Renaissance Besar Ethiopia (GERD) ditetapkan untuk menjadi skim hidroelektrik terbesar di Afrika tetapi telah menjadi pusat pertikaian dengan negara hiliran Mesir dan Sudan sejak kerja pertama dimulakan pada 2011.

    Abiy menyifatkan perkembangan kelmarin itu sebagai “kelahiran era baharu”.

    “Ini adalah berita baik untuk benua kami dan negara hiliran yang kami bercita-cita untuk bekerjasama,” katanya di laman Twitter.

    Abiy Ahmed memotong reben semasa majlis penjanaan kuasa pertama di tapak Empangan Renaissance Besar Ethiopia (GERD) di Guba, Ethiopia. – AFP

    Addis Ababa menganggap projek itu penting untuk elektrifikasi dan pembangunan negara kedua paling ramai penduduk di Afrika, tetapi Kaherah dan Khartoum bimbang ia boleh mengancam akses mereka ke perairan Nil yang penting.

    Abiy menepis kebimbangan itu.

    “Seperti yang awda lihat, air ini akan menjana tenaga semasa mengalir seperti sebelum ini mengalir ke Sudan dan Mesir, tidak seperti khabar angin yang mengatakan rakyat dan kerajaan Habsyah sedang membendung air untuk menyusahkan Mesir dan Sudan,” katanya ketika air mengalir melalui konkrit di belakangnya.

    Tetapi Kaherah mengecam permulaan kelmarin itu, berkata Addis Ababa “berterusan dalam pencerobohannya” terhadap pengisytiharan prinsip 2015 mengenai projek itu.

    Empangan bernilai AS$4.2 bilion akhirnya dijangka menghasilkan lebih daripada 5,000 megawatt elektrik, lebih daripada menggandakan pengeluaran semasa Etiopia. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...