Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Najib dakwa saman 1MDB penyalahgunaan proses mahkamah

    KUALA LUMPUR, 14 APRIL – Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa bahawa saman sivil AS$8 bilion yang difailkan oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan empat anak syarikatnya terhadap beliau adalah penyalahgunaan proses mahkamah, apabila nama pesalah sebenar yang menyebabkan kerugian besar dana kekayaan kerajaan itu, telah dikeluarkan daripada dikenakan tindakan undang-undang.

    Bekas perdana menteri itu berkata tindakan 1MDB dan empat anak syarikatnya menimbulkan syak wasangka dan tindakan itu adalah tidak jujur ​​di pihak mereka semasa memfailkan saman dengan mengekalkan nama beliau sebagai seorang daripada defendan.

    Empat anak syarikat itu ialah 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited, 1MDB Energy (Langat) Limited, dan Global Diversified Investment Company Limited yang berpangkalan di British Virgin Islands (dahulunya dikenali sebagai 1MDB Global Investments Limited).

    “Ia jelas daripada writ saman yang dipinda bahawa pesalah yang pada mulanya dinamakan telah disingkirkan. Ini menimbulkan syak wasangka dan tidak jujur ​​di pihak plaintif dalam memfailkan saman ini, sekali gus penyalahgunaan proses,” dakwa Najib.

    Bagaimanapun, Najib, 68, tidak menyatakan nama defendan, yang digugurkan daripada saman itu.

    Najib berkata demikian dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada 28 Mac sebagai tuntutan balas terhadap saman sivil 1MDB

    AS$8 bilion yang difailkan terhadapnya dan tujuh yang lain berhubung kerugian kewangan akibat dakwaan penyalahgunaan kuasa dan pelanggaran kewajipan fidusiari.

    Ahli Parlimen Pekan itu juga menegaskan bahawa pernyataan pembelaan itu difailkan tanpa menjejaskan haknya untuk memfailkan permohonan interlokutori lanjut seperti meminda pembelaan atau membatalkan keseluruhan saman. – Bernama

    Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir di Mahkamah Tinggi pada 13 April, bagi perbicaraan berhubung kes pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...