Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Fenomena puting beliung juga diramal terjadi di Sabah, Sarawak

    KUALA LUMPUR, 31 JAN – Beberapa lokasi di negeri Pantai Barat Semenanjung serta Sabah dan Sarawak adalah diramalkan untuk terjadinya fenomena puting beliung seperti yang berlaku di Perak semalam.

    Pengarah Kanan Pusat Instrumentasi Meteorologi dan Sains Atmosfera Jabatan Meteorologi Malaysia (Met-Malaysia) Ambun Dindang berkata negeri tersebut turut melibatkan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan.

    “Kita dapati kebanyakan (puting beliung) berlaku di sebelah negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung, dan tidak lupa juga di Sabah dan Sarawak, yang juga pernah melaporkan kejadian seumpama itu.

    “Kebanyakan (yang akan berlaku) di kawasan di persisiran pantai seperti Bintulu, Miri dan Perairan Labuan dan Pantai Barat Sabah. Itu kawasan yang sudah melaporkan kejadian puting beliung dan kawasan ini akan sentiasa berlaku, bila keadaan cuaca sesuai (kehadiran awan kumulonimbus),” katanya ketika dihubungi Bernama.

    Semalam, ratusan rumah mengalami kerosakan akibat angin ribut dan puting beliung di beberapa kawasan di Ipoh, Perak. 

    Ambun berkata, faktor berlakunya kejadian ini disebabkan oleh kehadiran awan kumulonimbus yang besar menyebabkan perolakan yang kuat dalam awan tersebut, seterusnya membentuk corong awan di dasar awan tersebut.

    Ambun berkata amat sukar untuk MetMalaysia meramal kejadian puting beliung di Malaysia kerana ia berlaku pada skala yang kecil dengan jangka hayat yang pendek. – Bernama

    Penduduk Kampung Tawas mengusap anjing peliharaannya ketika berehat selepas melakukan kerja-kerja membersihkan kawasan rumah yang mengalami kerosakan akibat dipukul ribut dalam kejadian kira-kira pukul 6:40 petang 30 Januari. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...