Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Forum tingkat kerjasama kehakiman

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JULAI – Ketua Hakim Mahkamah Besar Negara Brunei Darussalam, Yang Amat Arif Dato Seri Paduka Steven Chong telah menghadiri Forum Kehakiman China-ASEAN ke-3 yang dihoskan secara maya oleh Mahkamah Agung Rakyat (SPC), Republik Rakyat China, kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, melalui forum itu, SPC berhasrat untuk meningkatkan pertukaran kehakiman, membina hubungan ekonomi, perdagangan dan pelaburan yang harmoni serta membentuk kerjasama kehakiman yang pragmatik dan berkesan antara China dan negara-negara anggota ASEAN.

    Ketua-ketua hakim negara ASEAN dan setiausaha agung ASEAN telah dijemput untuk mengadakan perbincangan mendalam dengan ketua hakim negara dan hakim negara daripada SPC dengan tema Establishing a High-Level Judicial Cooperation Platform to Jointly Build the 21st Century Maritime Silk Road.

    Yang Amat Arif Dato Seri Paduka Steven Chong dalam ucapannya pada majlis perasmian, menggambarkan forum itu sebagai platform penting untuk kerjasama China-ASEAN dalam menyediakan tempat yang sangat baik untuk badan kehakiman China dan ASEAN berkongsi pengalaman dan meningkatkan rangkaian kehakiman.

    Beliau menambah bahawa dalam menawarkan satu sama lain sokongan yang amat diperlukan melalui masa yang sukar, diharapkan melalui usaha bersama badan kehakiman dan dialog yang membina tersebut dapat menyokong perdagangan, pelaburan dan pemulihan ekonomi China-ASEAN.

    Forum tersebut membincangkan tiga topik iaitu mempercepatkan pengaplikasian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), peningkatan hak harta intelek dan litigasi dalam talian rentas sempadan. 

    Yang Amat Arif Dato Seri Paduka Steven Chong berkata menggabungkan tema sedemikian adalah sesuai apabila membincangkan bagaimana badan kehakiman kita boleh bekerjasama dan membantu mempromosikan perdagangan dan pembangunan rantau ini selepas COVID.

    Beliau juga menekankan peranan teknologi dan penggunaan platform persidangan video dalam talian seperti Zoom dalam membolehkan badan kehakiman untuk menghubungkan pengguna mahkamah dan pihak berkepentingan untuk menjadikan keadilan lebih mudah diakses.

    Turut hadir pada forum tersebut ialah Pesuruhjaya Kehakiman dan Ketua Pendaftar Mahkamah Besar, Haji Abdullah Soefri bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin; Pesuruhjaya Kehakiman, Awang Muhammed Faisal bin Pehin Datu Juragan Laila Diraja Kolonel (B) Dato Seri Pahlawan Haji Kefli bersama hakim dan pegawai kehakiman dari badan kehakiman.

    Yang Amat Arif Dato Seri Paduka Steven Chong semasa menghadiri Forum Kehakiman China-ASEAN ke-3 yang dihoskan secara maya oleh Mahkamah Agung Rakyat (SPC), Republik Rakyat China, baru-baru ini. – Gambar serahan Mahkamah Besar Brunei Darussalam
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...