Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Gara-gara cinta ditolak, pelajar wanita dibunuh

    KAHERAH, 10 OGOS – Mesir menahan seorang pelajar lelaki hari ini kerana disyaki membunuh seorang pelajar wanita yang didakwa menolak cintanya, selepas pembunuhan kedua wanita di kampus dalam masa dua bulan.

    Suspek, dari Zagazig, 60 kilometer dari utara Kaherah, dituduh membunuh mangsanya, dikenali dengan nama pertama Salma, dengan ‘menikamnya berkali-kali menggunakan pisau,’ menurut kenyataan pendakwaan.

    Pembunuhan itu membawa hukuman mati di Mesir dan negara itu telah menjatuhkan hukuman mati ke atas lebih ramai orang tahun lalu, menurut kumpulan hak asasi manusia.

    Timbulnya kemarahan di media sosial berhubung pembunuhan terbaharu tetapi beberapa pengguna mencadangkan mangsa patut dipersalahkan kerana berkawan dengan pelajar lelaki. – AFP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...