Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    GyeongsangBuk-do dipromosi sebagai destinasi pelancongan

    KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pelancongan dan Kebudayaan GyeongsangBuk-do menyasarkan untuk mempromosi wilayah Gyeong-sangBuk-do di Korea Selatan sebagai destinasi pelancong khusus bagi rakyat Malaysia mengalami pengalaman kebudayaan sebenar Korea.

    Presiden pertubuhan itu Kim Seongjo berkata GyeongsangBuk-do merupakan sebuah wilayah di Korea dengan tradisi dan kemodenan bersatu dalam suasana harmoni untuk menjadi “Korea sebenar” dengan tiga kebudayaan utama wujud bersama, yakni kebudayaan Buddha, kebudayaan Andong’s Confucian, dan kebudayaan Goryeo’s Gaya Dynasty.

    “Wilayah Gyeongbuk (Gyeong-sangBuk-do) mengandungi 23 bandar raya, kecil dan besar, termasuk Gyeongju, yang merupakan sebuah bandar raya warisan UNESCO dengan sejarah tamadun ribuan tahun lamanya, manakala Andong, bandar raya warisan UNESCO yang dilawati baginda Queen Elizabeth dan Putera Andrew dari England, serta Pohang dan juga Mungyeong, lokasi penggambaran K-drama (Drama Korea) dan bandar raya santai,” katanya ketika ditemui Bernama selepas Majlis Makan Malam Promosi pertubuhan itu di sini hari ini.

    GyeongsangBuk-do ditampilkan dalam beberapa K-drama terkenal seperti Kingdom, Hometown Cha-Cha-Cha, When the Camellia Blooms dan Alchemy of Souls.

    Pelancong juga akan berpeluang menikmati hidangan makanan terkenal GyeongsangBuk yakni Andong jjimdak (ayam), ketam salji Korea serta nasi yang dibungkus daun khas.

    Kim berkata GyeongsangBuk-do mempunyai sembilan taman semula jadi dengan pemandangan alam sekeliling yang indah, kesan peninggalan sejarah serta pemandangan pohon-pohon hijau menarik dengan ratio 75 peratus, sekali gus membolehkan pengunjung menikmati pesta musim bunga, percutian musim panas, aktiviti berwarna-warni musim luruh dan perjalanan menyegarkan emosi di musim sejuk.

    “GyeongsangBuk-do merupakan sebuah kerajaan metropolitan terbesar yang meliputi 19 peratus daripada keluasan Korea Selatan, dan jarak dari bandar raya Seoul adalah dua jam (ke Singyeongju, Andong) ke dua jam setengah (ke Pohang) menggunakan KTX (Korea Train eXpress) Train,” katanya.

    Kim berharap rakyat Malaysia akan melawat GyeongsangBuk-do dan menikmati pengalaman istimewa yang tidak ditemui di mana-mana tempat lain.

    Beliau berkata pertubuhan itu juga akan memperkenalkan Malaysia kepada penduduk GyeongsangBuk-do, bagi menggalakkan mereka melawat negara ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...