Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Had kredit, kadar faedah perlu diperketat dalam BNPL

    KUALA LUMPUR, 7 OGOS – Langkah untuk mengawal selia kemudahan Beli Sekarang, Bayar Kemudian (BNPL) adalah tepat pada masanya, antaranya mempertimbangkan had kredit yang boleh diambil oleh seseorang individu, menurut pakar ekonomi Prof Datuk Dr Shazali Abu Mansor.

    Pengaturan BNPL sedia ada dilihat tidak benar-benar menumpukan kepada penarafan kredit pengguna memandangkan kelulusan yang diberikan hanya berdasarkan maklumat asas, tanpa mengambil kira sama ada pengguna berupaya untuk membuat bayaran balik atau sebaliknya.

    “Oleh itu, memperketat undang-undang BNPL perlu dilakukan dan dikawal sewajarnya kerana bukan semua rakyat mampu membayar semula jika kadar faedah dan penalti yang dikenakan terlalu tinggi,” katanya kepada Bernama di sini.

    Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai cadangan penggubalan Akta Kredit Pengguna (CCA). CCA yang dijangka dibentangkan kepada Parlimen pada suku kedua 2023 adalah tepat pada masanya untuk memastikan kestabilan dan pertumbuhan sistem kewangan.

    Shazali berpandangan, antara aspek yang perlu diperketatkan dalam BNPL adalah jumlah (had) kredit yang boleh diluluskan kepada pelanggan, kadar faedah ditawarkan, jenis harga barangan yang dibenarkan untuk memanfaatkan kemudahan BNPL serta tempoh pembayaran bagi skim tersebut.

    Kebanyakan industri bergantung kepada pembelian barangan secara berhutang, katanya sambil menyatakan kemudahan kad kredit merupakan instrumen biasa dalam BNPL. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...