Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Hadiah menarik menanti di imagine Game Fest

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 SEPT – Buat julung kalinya, imagine Sdn Bhd akan mengadakan imagine Game Fest pada hujung minggu ini dari 16 hingga 18 September, di Tingkat Bawah, Pusat Beli-belah Times Square, Berakas.

    Festival berkenaan merupakan kerjasama promosi dengan Netcom Sdn Bhd yang akan menampilkan pelbagai aktiviti termasuk pelbagai vendor popular, kempen derma darah, peluang menguji konsol permainan dan komputer riba terkini, dan kempen cabutan bertuah yang akan dijalankan sehingga pertengahan November.

    Ia juga akan mempamerkan rangkaian peranti elektronik paling sesuai untuk komuniti permainan video yang termasuk Alienware, Dell, Sony dan Nintendo dengan diskaun menarik apabila pelanggan menggabungkan pembeliannya dengan mana-mana perkhidmatan jalur lebar dan mudah alih imagine.

    Selaras dengan itu, tawaran masa terhad akan tersedia untuk pelanggan baharu yang ingin mendaftar dan berpindah ke mana-mana pelan jalur lebar, mudah alih dan pakej imagine yang termasuk diskaun tambahan bernilai sehingga $500 daripada mana-mana peranti yang ditawarkan semasa festival dari sekarang hingga pertengahan November.

    Pelanggan, termasuk pelanggan sedia ada, yang mendaftar semasa acara itu juga berpeluang menerima hadiah percuma seperti barangan, baucar makanan dan minum selain peluang untuk mengambil bahagian dalam cabutan bertuah mingguan dengan cabutan utama akan diadakan pada hujung tahun di mana dua orang pemenang bertuah akan membawa pulang $5,000.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...