Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Hajah Hasmah menang Samsung Galaxy Z Flip 3

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JUN – Seorang pelanggan Tyremart telah menerima Samsung Galaxy Z Flip 3 setelah dipilih sebagai pemenang kempen Style Up & Wind Down with Pirelli yang berlangsung dari awal Disember 2021 hingga penghujung April lalu.

    Majlis penyampaian hadiah kepada Hajah Hasmah binti Haji Masuut telah diadakan di Tyremart Kuala Belait, hari ini, di mana penyampaiannya disempurnakan oleh Pengurus Cawangan Kuala Belait, Eric Lim.

    Undian bagi memilih pemenang kempen cabutan berkenaan telah dibuat oleh Pengurus Besar Pemasaran, Lee CH dengan disaksikan oleh kakitangan pejabat pada Mei lalu.

    Hajah Hasmah dipetik berkata, beliau terkejut apabila menerima panggilan daripada Tyremart, menambah bahawa beliau seakan-akan tidak percaya dan berasa sangat gembira kerana memenanginya.

    Menurutnya, ini adalah kali kedua beliau membeli Pirelli dan berkata, “Sejak pembelian pertama tayar Pirelli saya beberapa tahun lalu, saya menyukai prestasi dan pengalaman pemanduannya.”

    Tyremart merupakan pengedar tunggal Pirelli, dengan tujuh buah cawangan di Brunei Darussalam.

    Eric Lim menyampaikan hadiah berupa Samsung Galaxy Z Flip 3 kepada Hajah Hasmah pada majlis yang berlangsung di Tyremart Kuala Belait kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...