Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Harga minyak cecah AS$113 setong, ekuiti pula merosot

    HONG KONG, 2 MAC- Harga minyak mentah telah melonjak melepasi AS$113 setong hari ini dan ekuiti merosot dengan pelabur semakin bimbang tentang kesan perang Ukraine terhadap bekalan tenaga global dan pemulihan ekonomi.

    Pencerobohan Presiden Rusia Vladimir Putin ke atas jirannya telah menyebabkan pasaran dunia menjadi terjejas sepanjang minggu lalu, seterusnya meruncingkan kegelisahan di peringkat dagangan yang disebabkan oleh inflasi dan dasar monetari bank pusat yang lebih ketat.

    Krisis itu telah menyaksikan banyak negara menghukum Moscow dengan beberapa siri sekatan meluas yang telah mengasingkan Rusia dan mengancam untuk menjatuhkan ekonominya. Sementara itu, langkah-langkah itu telah menyuntik sejumlah besar ketidakpastian ke dalam pasaran dengan bekalan komoditi penting termasuk logam dan bijirin melambung tinggi. Harga gandum global berada pada paras tertinggi 14 tahun setelah meningkat 30 peratus pada bulan lalu.

    Walau bagaimanapun, sumber utama yang terjejas dalam perdagangan adalah minyak mentah, yang telah melonjak sejak Rusia mula menyerang. Pada hari ini, Brent mendahului AS$110 buat kali pertama sejak 2014 dan WTI mengikutinya beberapa jam kemudian untuk mencecah paras tertinggi 2013.

    Dalam dagangan Asia waktu petang, Brent meningkat setinggi AS$113.02 dan WTI memuncak pada AS$111.50.

    Sekatan seterusnya mencetuskan kebimbangan bahawa eksport akan terputus dari Rusia, pengeluar komoditi ketiga terbesar di dunia.

    Manakala, konflik di Eropah timur muncul bersama harga melambung berikutan bekalan ketat dan pemulihan kukuh permintaan global apabila ekonomi dibuka semula daripada sekatan akibat pandemik. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...