Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Hari Keluarga erat silaturahim

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 FEB – Bagi mengeratkan silaturahim serta meluangkan masa dan beramah mesra bersama ahli keluarga, Ahli Jawatankuasa Tadbir Badan Kebajikan Pekerja Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKPYSHHB) baru-baru ini telah mengadakan Sambutan Hari Keluarga BKPYSHHB bertempat di Taman Rekreasi Pantai Muara.

    Hari Keluarga yang diadakan bermula pukul 7 pagi hingga 1 petang itu dihadiri oleh kakitangan BKPYSHHB berserta ahli keluarga masing-masing.

    Pelbagai aktiviti permainan dan hiburan diadakan untuk ahli-ahli BKPYSHHB dan keluarga untuk ikut serta tidak kira dewasa, remaja atau kanak-kanak. Antara aktiviti yang diadakan ialah boling buah kelapa, lari ikat kaki, lumba lari kupu-kupu, sepakan penalti dan lain-lain lagi.

    Gambar ramai AJK Tadbir BKPYSHHB dan ahli keluarga masing-masing di Taman Rekreasi Pantai Muara.
    Kakitangan BKPYSHHB dan ahli keluarga semasa penyampaian hadiah.
    Antara aktiviti yang dilakukan oleh kakitangan BKPYSHHB dan ahli keluarga di Taman Rekreasi Pantai Muara.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...