Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    HK kurangkan kuarantin ketibaan

    HONG KONG, 8 OGOS – Hong Kong akan mengurangkan tempoh kuarantin hotel bagi ketibaan antarabangsa daripada seminggu kepada hanya tiga hari bermula Jumaat, umum pemimpin wilayah itu, John Lee, satu pelonggaran sekatan COVID yang sebelum ini dilihat amat menyukarkan perjalanan.

    Dahulunya sebuah hab logistik dan pengangkutan global, Hong Kong sebahagian besarnya terputus daripada dunia lebih daripada dua tahun kerana pematuhannya terhadap dasar sifar COVID China yang ketat.

    Di bawah beberapa peraturan pandemik paling tegas di dunia, Hong Kong memerlukan ketibaan pengembara dari luar negara menjalani kuarantin tujuh hari dan mengulangi ujian semasa pengasingan di dalam sebuah bilik di hotel yang dikhaskan, satu sekatan yang menurut penduduk dan komuniti perniagaan menghalang mereka daripada melakukan perjalanan.

    Lee, bekas ketua keselamatan Hong Kong yang dilantik pemimpin wilayah itu, mengumumkan hari ini bahawa tempoh kuarantin bagi ketibaan akan dikurangkan kepada tiga hari di hotel manakala empat hari lagi pemantauan kesihatan di rumah atau hotel pilihan mereka.

    “Kami berharap dapat mengekalkan aktiviti kehidupan dan persaingan Hong Kong serta memberi masyarakat momentum kemajuan dan kerancakan ekonomi,” kata Lee. Beliau bagaimanapun menafikan langkah itu menandakan wilayah itu bebas daripada dasar China.

    “Kekal berhubung dengan dunia luar dan berusaha untuk menyambung semula perjalanan bebas kuarantin tidak bercanggahan dengan tanah besar,” tambahnya. – AFP

    Pasangan memakai pelitup muka berjalan di sepanjang daerah membeli-belah Mongkok, Hong Kong, 8 Ogos. Hong Kong akan mengurangkan tempoh kuarantin di hotel bagi ketibaan luar negara kepada tiga hari berbanding seminggu, kata pemimpin wilayah itu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...