Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Selena Gomez luah hasrat ingin berumah tangga

    Penyanyi popular, Selena Gomez mengakui berasa gembira berpeluang tinggal serumah bersama keluarga meskipun sudah mencecah usia 30 tahun.

    Baginya perkara itu dianggap sebagai satu kejayaan buat dirinya.

    Namun, jauh di sudut hati penyanyi lagu Kill Em With Kindness itu menyimpan hasrat untuk berumah tangga.

    “Saya berharap untuk berkahwin dan menjadi seorang ibu,” kata Gomez.

    Tidak hanya menyuarakan keinginan untuk berkeluarga, Gomez turut mengatakan dirinya bukanlah pengguna tegar aplikasi Instagram.

    Malah dia juga telah memadam aplikasi tersebut di telefon dan hanya membiarkan pembantunya sahaja menguruskan akaun media sosialnya itu.

    “Saya memberi kuasa sepenuhnya kepada dia. Jadi apa yang dikongsikan hanya dia sahaja yang menguruskan.

    “Bahkan saya sendiri tidak tahu kata laluan akaun itu. Cara itu membuatkan saya tidak terlalu obses untuk melihat apa yang orang lain lakukan dan bagaimana kehidupan mereka,” jelasnya. – Agensi

    Gomez mengakui dirinya bukanlah seorang penggemar media sosial Instagram. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...