Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Hradecka umum persaraan

    PRAGUE, 23 NOV – Pakar regu Czech, Lucie Hradecka (gambar bawah) kelmarin mengumumkan secara rasmi persaraannya setelah 18 tahun karier tenis profesional yang membawa tiga gelaran juara Grand Slam dan dua pingat Olimpik.

    “Ia sesuatu yang menakjubkan dan di luar jangkaan. Tetapi badan saya mengatakan sudah cukup,” jelas pemain tenis berumur 37 tahun itu kepada wartawan di Prague.

    Dengan pasangan senegara, Andrea Hlavackova, Hradecka memenangi Terbuka Perancis pada tahun 2011 dan Terbuka Amerika Syarikat dua tahun berikut.

    Mereka juga menang pingat perak di Olimpik London 2012, selepas tewas kepada Serena dan Venus Williams dalam aksi final.

    Hradecka menebus kekalahan itu pada Terbuka Amerika Syarikat tahun ini, dalam kejohanan Grand Slam terakhirnya, selepas dia dan pemain Czech berusia 17 tahun, Linda Noskova menundukkan pasangan adik-beradik itu pada pusingan pertama.

    Hradecka juga menang gelaran beregu campuran dalam Roland Garros pada tahun 2013 dengan Frantisek Cermak dan pingat gangsa dalam Olimpik Rio 2016 dengan Radek Stepanek.

    Dia juga merupakan sebahagian daripada pasukan Czech yang memenangi Piala Federasi sebanyak enam kali antara tahun 2011 dan 2018. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...