Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Hubungan Justin Bieber dan isteri semakin rapat

    Di sebalik dugaan berhadapan dengan penyakit, isteri kepada penyanyi Justin Bieber iaitu Hailey Baldwin memberitahu apa yang berlaku menjadikan hubungan mereka lebih rapat.

    Dalam masa sama, kedua-dua mereka kini lebih bersikap terbuka untuk berkongsi sebarang masalah dan saling memahami antara satu sama lain.

    “Kami pastinya sedang cuba melawan penyakit ini.

    “Hikmah di sebalik kejadian membuatkan kami lebih rapat berbanding sebelum ini.

    “Kami lebih terbuka supaya saling memahami. Kami bercakap banyak perkara penting dan menarik,” katanya seperti dipetik dari People.

    Bieber sebelum ini menerusi satu perkongsian di laman sosial memaklumkan dirinya diserang sindrom Ramsay Hunt dan disebabkan itu dia mengalami lumpuh pada separuh bahagian wajah.

    Sementara itu, Baldwin pula pernah dimasukkan ke hospital sekitar Mac lalu akibat diserang strok.

    Berkongsi tentang perkembangan suaminya, Baldwin sebelum ini memberitahu penyanyi lagu Baby ini kini beransur pulih. – Agensi

    Justin Bieber dan isteri kini lebih bersikap terbuka untuk berkongsi sebarang masalah dan saling memahami antara satu sama lain. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...