Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Hugh Jackman positif COVID-19

    Pelakon Hugh Jackman mengumumkan dirinya telah dijangkiti COVID-19.

    Menerusi pengumuman yang disampaikan melalui Twitter, Jackman mengatakan dia mengalami simptom ringan termasuk tidak selesa pada bahagian tekak dan selesema.

    Media melaporkan produksi teater Broadway The Music Man telah dihentikan buat sementara waktu. Bintang filem The Wolverine itu dijangkiti COVID-19 seminggu selepas rakan pelakonnya, Sutton Foster positif dengan virus yang sama.

    Foster bagaimanapun dilaporkan akan kembali ke pentas pada 2 Januari, manakala Jackman pada 6 Januari 2022.

    The Music Man saat ini yang dalam fasa previu menjadi teater dengan jualan tiket paling laris dan dijangka memulakan pertunjukan pada 10 Februari mendatang.

    Selain The Music Man, beberapa broadway termasuk Aladdin, The Lion King dan Hamilton juga telah ditunda pementasannya sejak lebih dua minggu lalu selepas virus yang berasal dari Wuhan, China itu kembali mengganas di New York.

    Untuk rekod, dunia pementasan turut terkesan dengan virus COVID-19 dan baru kembali dibenarkan beroperasi pada September lalu selepas lebih 18 bulan ditutup kerana pandemik yang melanda dunia. – Agensi

    Jackman mengatakan dia mengalami simptom ringan termasuk tidak selesa pada bahagian tekak dan selesema. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...