Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Impian Maya Karin bawa watak Mahsuri mungkin jadi kenyataan

    Kenyataan aktres Maya Karin yang berhajat untuk membawa watak legenda Mahsuri selain membayangkan filem itu diarahkan oleh Syamsul Yusof mendapat perhatian pengarah berkenaan.

    Syamsul, 38, menyambut baik hasrat pelakon itu selain menyifatkan idea membawa kisah Mahsuri ke layar perak sebagai sangat baik.

    “Idea yang baik, ayuh kita lakukan Maya Karin,” tulis Syamsul di Instagram.

    Namun Syamsul tidak berkongsi butiran lanjut mengenai idea berkenaan dan setakat ini ia hanya cadangan daripada Maya dan dipersetujui oleh pengarah tersebut.

    Malah kredibiliti Syamsul tidak dipertikaikan dalam mengarahkan filem epik dan sejarah memandangkan dia telah membuktikan dalam filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan yang mencipta sejarah tersendiri apabila mengaut kutipan hampir RM100 juta di pawagam.

    Syamsul menyambut baik hasrat pelakon itu selain menyifatkan idea membawa kisah Mahsuri ke layar perak sebagai sangat baik.- Agensi

    Sementara itu, ramai teruja dengan perkembangan terbaharu itu dan berharap Syamsul dapat merealisasikan projek berkenaan memandangkan kisah legenda Mahsuri cukup terkenal dalam masyarakat.

    Apatah lagi, menerusi filem tersebut, ia dapat mengetengahkan elemen sejarah selain kisah sebenar di sebalik pengorbanan Mahsuri.

    “Mesti best ni, memang sudah lama teringin nak tengok kisah Mahsuri difilemkan.

    “Tiada orang lain yang mampu menzahirkan naskhah itu melainkan Syamsul Yusof, harap idea Maya dapat direalisasikan,” komen warganet.

    Tidak hanya itu, rata-rata menyifatkan pemilihan Maya adalah sangat tepat memandangkan wajah dan pengalamannya sebagai pelakon filem cukup luas.

    “Maya cukup sesuai dengan projek ini, harap-harap ia menjadi kenyataan,” tulis warganet. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...