Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    India buka semula khidmat visa e-pelancong

    NEW DELHI, 17 MAC – Kerajaan India hari ini membuka semula perkhidmatan visa e-pelancong (eVisa) kepada pelawat dari lebih 150 negara dan wilayah termasuk ‘regular visa’, berkuat kuasa serta-merta.

    Warga asing bukan sahaja dibenarkan membuat permohonan baharu malah eVisa lima tahun yang masih sah juga boleh digunakan semula.

    Langkah itu dibuat selepas India menggantung visa pelancong sejak dua tahun lepas akibat pandemik COVID-19, menurut Xinhua memetik laporan All India Radio (AIR) hari ini.

    Kerajaan mengambil langkah itu berikutan situasi COVID-19 dilihat bertambah baik dan sebagai mempertimbangkan keperluan melonggarkan lagi sekatan visa dan perjalanan.

    Kementerian Dalam Negeri juga membenarkan visa pelancong bagi warga Amerika Syarikat dan Jepun untuk tempoh 10 tahun.

    Sementara itu, warga Afghanistan pula akan terus menggunakan e-Emergency X-Miscellaneous Visa.

    India juga bercadang menyambung semula perkhidmatan penerbangan komersial dan antarabangsa mulai 27 Mac.

    Pihak berkuasa India telah mengendalikan penerbangan antarabangsa khas sejak Mei 2020 dan di bawah peraturan “gelembung udara” dua hala dengan beberapa negara bermula Julai 2020. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...