Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    India, EU tubuh majlis perniagaan dan teknologi

    NEW DELHI, 25 APRIL – India dan Kesatuan Eropah mengumumkan hari ini pelancaran majlis khas untuk merangsang kerjasama perniagaan dan teknologi, meskipun pandangan berlainan berhubung serangan Rusia ke atas Ukraine.

    Ketua Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen adalah diplomat terbaharu yang melawat New Delhi dalam usaha untuk mendesak India mengenai dasarnya yang neutral dalam konflik tersebut.

    India, yang mendapatkan kebanyakan senjatanya daripada Moscow, telah meminta keganasan dihentikan di Ukraine tetapi enggan mengecam serangan Rusia.

    “EU hanya mempunyai satu Majlis Perniagaan dan Teknologi dengan AS dan saya fikir adalah amat penting untuk kami menubuhkan satu lagi dengan India,” kata von der Leyen.

    Langkah itu merupakan sebahagian daripada pelan EU yang lebih luas untuk mempercepat rundingan perniagaan dengan India dan memberikan New Delhi alternatif untuk mempelbagaikan perniagaan jauh daripada Rusia, kata Bloomberg News memetik sumber tanpa nama sebagai berkata.

    Ursula von der Leyen (kiri) dan R.K. Singh, Presiden Perhimpunan Perikatan Solar Antarabangsa menghadiri panel perbincangan di sekretariat ISA di Gurgaon pada 24 April 2022. – AFP

    Mekanisme penyelarasan strategik akan membenarkan kedua-dua rakan mengatasi cabaran utama dalam perniagaan, teknologi dan keselamatan, dan dengan itu mempertingkat lagi kerjasama dalam bidang berkenaan,” kata India dan Suruhanjaya dalam satu kenyataan bersama.

    Kedua-dua pihak berkata mereka ‘telah mencapai persetujuan bahawa perkembangan pesat dalam persekitaran geopolitik menekankan keperluan untuk merangkumi penglibatan strategik bersama.’

    Rundingan mengenai perjanjian perdagangan bebas di antara India dan EU telah dicapai sejak 2013 berhubung isu seperti perlindungan paten dan pemotongan tarif, walaupun kedua-dua pihak bersetuju pada Mei 2021 untuk meneruskan rundingan.

    EU ialah rakan perniagaan ketiga terbesar India dan kedua-dua pihak menjalankan urus niaga barangan bernilai 62.8 bilion euro pada 2020, menurut Suruhanjaya Eropah.

    Rundingan mengenai perjanjian perdagangan bebas sepenuhnya sedang dilancarkan atau dijangka bermula tidak lama lagi dengan beberapa negara termasuk Britain, Australia dan Israel. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...