Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Indonesia hantar 2,686 tenaga kerja ke tiga negara termasuk Malaysia

    JAKARTA, 13 SEPT – Badan Pelindungan Pekerja Migran Indonesia (BP2MI) akan menghantar 2,686 tenaga kerja ke Korea Selatan, Malaysia dan Taiwan.

    Ketua BP2MI Benny Rhamdani berkata 126 orang akan dihantar ke Malaysia melalui Kalimantan Barat di bawah program penempatan tenaga kerja antara swasta.

    Seramai 2,246 akan dihantar ke Korea Selatan melalui program antara kerajaan dan 314 orang lagi ke Taiwan, katanya dalam satu kenyataan.

    Indonesia menikmati kiriman wang daripada pekerja migran yang digelar ‘Wira Kiriman Wang’ atau ‘Remittance Heroes’, dengan purata kiriman dari 2015 hingga 2019 mencecah US$9.8 bilion setiap tahun.

    Mereka ditawarkan skim pinjaman tanpa penjamin supaya tidak menjual harta atau membuat pinjaman peribadi untuk dijadikan modal bekerja di luar negara, kata Benny. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...