Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Inter Milan mara ke suku akhir

    PORTO, 15 MAC – Inter Milan berjaya mengikat Porto 0-0 kelmarin untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara, dengan kemenangan agregat 1-0.

    Pasukan Itali, yang juga pemenang tiga kali pertandingan itu, mara ke kelompok lapan terakhir buat kali pertama sejak 2011.

    Buat pertama kali sejak 2006, kedua-dua Inter dan AC Milan telah mara ke suku akhir.

    Cuba mempertahankan kelebihan satu gol yang dihasilkan oleh Romelu Lukaku dalam kemenangan kelompok 16 terakhir pusingan pertama, Inter dilihat cuba mengecewakan lawannya di Estadio do Dragao.

    Porto mendominasi permainan tetapi hanya berjaya menguji penjaga gol Inter, Andre Onana dalam beberapa kali dan gagal mara ke kelompok lapan terakhir buat kali ketiga dalam lima percubaan terakhir mereka.

    Peluang terbaik mereka hadir pada masa kecederaan penghujung perlawanan, apabila rembatan Mehdi Taremi dan Marko Grujic kedua-duanya terkena tiang dan manakala percubaan Marcano dikeluarkan dari garisan.

    “Terdapat begitu banyak emosi sekarang, selepas bertahun-tahun kami berbangga dengan pencapaian ini,” kata pemain tengah Inter, Hakan Calhanoglu.

    “Kami membuat beberapa kesilapan tetapi kami melakukan kerja yang hebat, ia sangat sukar tetapi saya mengucapkan tahniah kepada pasukan atas usaha yang hebat.”

    Inter telah berdepan kritikan kerana prestasi domestik mereka tetapi Calhanoglu berkata permainan ini memberikan rangsangan moral.

    “Apa sahaja boleh berlaku dalam Liga Juara-Juara, perlawanan ini memulihkan motivasi untuk kami.

    “Kami melakukan tugas yang hebat, kami tidak menjaringkan gol tetapi kami bekerja keras sehingga wisel penamat dan kami layak,” tambahnya. – AFP

    Reaksi Andre Onana meraikan kemenangan pada penghujung perlawanan pusingan 16 Liga Juara-Juara, di stadium Dragao di Porto, Portugal. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...