Wednesday, May 1, 2024
30.7 C
Brunei

    -

    IPEF kukuh kerjasama Indo-Pasifik

    TOKYO, 26 MEI – Malaysia yakin Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF), iaitu inisiatif perdagangan baharu yang turut dianggotainya akan menjadi satu platform untuk memperkukuhkan kerjasama ekonomi dengan negara di Indo-Pasifik dan rantau ASEAN, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

    Perdana Menteri Malaysia itu pada Persidangan Antarabangsa ke-27 Mengenai Masa Depan Asia hari ini berkata IPEF menyediakan struktur kerjasama yang holistik bagi menyelesaikan isu perdagangan dengan negara rakan.

    Ini memandangkan fokus dalam negara (Malaysia) tertumpu kepada usaha untuk memacu perkembangan industri yang strategik dan berimpak tinggi, ketahanan rantaian bekalan, standard ekonomi digital serta teknologi, katanya pada sesi soal jawab di persidangan itu.

    “Malaysia bersedia untuk membincangkan isu-isu berkaitan melalui IPEF bagi memastikan rakan-rakan IPEF dapat mengoptimumkan manfaat ekonomi dan strategik seperti yang digariskan dalam kerangka tersebut,” kata Ismail Sabri sambil menambah sektor perubatan, elektrik dan elektronik serta ekonomi digital dijangka mendapat manfaat melalui inisiatif IPEF itu.

    Presiden Amerika Syarikat Joe Biden melancarkan IPEF di Tokyo pada 23 Mei ketika melawat Jepun bagi pembabitan ekonomi AS yang lebih meluas dengan rantau Indo-Pasifik serta untuk mengukuhkan hubungan dengan Jepun. – Bernama

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hamas, Fatah berunding di Beijing

    BEIJING, 30 APRIL - China berkata hari ini kumpulan Palestin, Hamas dan Fatah bertemu di Beijing baru-baru ini untuk ‘perbincangan mendalam dan menggalakkan perdamaian...