Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    ISB rai pembelajaran bahasa Perancis

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 NOV – Para pelajar sekolah rendah di Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) baru-baru ini telah menganjurkan beberapa perhimpunan istimewa untuk meraikan bahasa Perancis dan menggalakkan pembelajaran antara budaya.

    Perhimpunan Francophone berkenaan turut menjadi peluang yang besar untuk meraikan internasionalisme dan memberi keyakinan kepada pelajar untuk bertutur dalam bahasa Perancis dengan fasih dan menguasai bahasa tersebut.

    Para pelajar yang sedang belajar bahasa Perancis untuk program Bahasa Asing Moden (MFL) telah mempersembahkan pelbagai lagu dalam bahasa Perancis, tarian dan skit, untuk menunjukkan penguasaan bahasa mereka.

    Pelajar-pelajar bahasa Perancis mempersembahkan pelbagai lagu dalam bahasa Perancis, tarian dan skit semasa perhimpunan berkenaan.- Gambar serahan ISB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...