Sunday, April 2, 2023
22.4 C
Brunei

-

Jalan lencongan di Lebuh raya Telisai-Lumut dibuka

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JUN – Jalan di Lebuh raya Telisai-Lumut (peta) akan dibukakan semula sepenuhnya mulai 18 Jun jam 10 pagi, susulan kerja-kerja pembaikan tambak jalan susur di lebuh raya itu siap dilaksanakan.

Sehubungan itu, Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan dalam kenyataan-nya mengingatkan kepada orang ramai terutama pengguna lebuh raya berkenaan untuk sentiasa berhati-hati dan mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan mematuhi had laju yang dibenarkan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

Sebarang aduan, orang ramai bolehlah menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123/ Livechat, Talian Darussalam 123 (8333123), ataupun e-mel pro@pwd.gov.bn.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hayashi bakal lawat China di tengah-tengah ketegangan

TOKYO, 31 MAC - Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi hari ini berkata beliau akan mengadakan lawatan ke China hujung minggu ini untuk berbincang dengan...
- Advertisment -